BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 17, 2010

HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN



Jadikan lah pondok itu sebuah istana,

hiasilah rumah mu yang di buat dari tanah liat,

bukan istana mu yang di buat dari gading.


Kalau anda senyum walaupun ketika sedangbersedih dan berduka,

sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan

mengetuk gerbang kebahagiaan yang anda cari.Sekali-kali jangan berfikir dua kali untuk tersenyum, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti anda membuat dirimu menderita. Senyuman yang anda beri tidak akan membahagiakan anda! Tetapi sebaliknya, ia akan menarik segala kebaikan. Bercakapalah dengan orang di sekeliling anda dengan bahasa kalbu (senyuman). Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.Ada ungkapan yang menyebut bahawa “senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan.” Bergaul bermakna berkomunikasi dengan baik, dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda. Satu daripada ialah pandai dan mahu tersenyum.Apabila anda tersenyum kepada orang lain, bermakna anda sedang memberi kebahagiaan kepada mereka. Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan mengganggu hati mereka. Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.





Pedoman HidupKemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang bahagia

1 comment: