DALAM meniti kehidupan sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini, cabaran dan dugaan adalah dua perkara yang tidak mungkin dapat dielakkan. Ini kerana, kemampuan manusia menangani cabaran dan dugaan secara berhikmah merupakan salah satu kayu pengukur bagaimana Allah
s.w.t. menilai tahap keimanan seseorang.Kegagalan manusia menguruskan dua perkara tersebut secara berkesan, secara langsung akan membuatkan diri mereka mudah dikuasai amarah dan dipengaruhi syaitan, seterusnya memberi kesan yang tidak baik kepada keimanan diri.Ia akan membangkitkan satu tekanan dalam diri yang dipanggil oleh kebanyakan ahli psikologi sebagai stres - suatu reaksi negatif mental dan fizikal terhadap semua permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai tekanan atau desakan yang berpunca daripada bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan, hilang daya serta tenaga dan sebagainya.Menurut kajian, gejala stres terhasil berikutan ketidakseimbangan yang berlaku di antara keperluan dan keupayaan seseorang. Secara umum, apabila seseorang mendapati keperluannya melebihi keupayaannya sendiri, maka stres secara tidak langsung juga akan terhasil.Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca utama berlakunya stres iaitu; sifat semula jadi, ilmu dan pendidikan, suasana dan persekitaran, tanggungjawab dan kerjaya, sosial (hubungan sesama manusia), hubungan dengan Allah serta gangguan perasaan

No comments:
Post a Comment